Tuesday, April 23, 2013

Laksa Johor



Laksa Johor 


750 gram ikan tenggiri, direbus dan ambil isinya
3/4 cawan rempah kari ikan
1/2 cawan kerisik
1 cawan air
2 kotak kecil santan KARA (2 biji santan kelapa)
4 batang serai, dititik
2 inci lengkuas, dititik
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka
minyak untuk menumis
# Bahan untuk dikisar #
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
# Bahan untuk Sambal (Dikisar) #
20 biji cili padi thailand
6 -8 batang lada merah hidup
# Bahan untuk Hiasan #
2 kilo mee laksa, dicelur dan toskan
kerang rebus
fishcake
tahu kering
timun (kupas kulit, buang hatinya dan hiris halus)
tauge
daun kesum

Cara-cara
Isi ikan dikisar bersama air rebusan ikan dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik bersama rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan kerisik, gaul rata. Masukkan pula rempah kari ikan dan 1 cawan air. Gaul hingga sebati.
Masukkan isi ikan yang telah dikisar. Masukkan pula santan, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka.
Jika kuahnya agak pekat boleh tambah sedikit lagi air.
# Cara untuk menghidang Laksa #
Letak mee laksa dalam mangkuk, letakkan sedikit kerang rebus, fishcake, tahu kering dan tauge. Kemudian tuangkan kuahnya.
Hiaskan pula dengan timun, daun kesum dan sambal. Sedia untuk dimakan.

Monday, April 15, 2013

KEK LOBAK MERAH

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
4 biji telur
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula putih
2 cawan tepung
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam
1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang

Cara-cara

1. Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.

2. Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.

3. Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesin, pakai senduk kayu jer sebab tak payah nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.

4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati

5. Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk dengan lidi.

Saturday, February 9, 2013

Daging Masak Hitam 
Sumber; Dari Dapur MadihaA Fp Ida Marlida. Asal Majalah Mingguan Wanita 
Oleh; Dapurmamasya 

Bahan2 
1 kg daging (dipotong nipis) 
3 ulas bwg merah (dihiris) 
2 ulas bwg putih (dihiris) 
3 kuntum bunga lawang 
2 inci kulit kayu manis 
1/2 cawan kicap pekat 
air asam jawa secukupnya 
garam secukup rasa 
Minyak masak untuk menumis 

Bahan Kisar 
4 biji bwg besar 
3 inci halia 
4 ulas bwg putih 
20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender 
1 sudu kecil jintan manis 
1 sudu kecil jintan putih 
1 sudu kecil ketumbar - tambah 

Cara 
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering) 

Sunday, December 9, 2012

DURIAN CREPE


Bahan2 crepe;-
250g gandum
3 bj telur
500ml santan
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

Cara2:
1. Satukan semua bahan dlm bekas dan kacau.
2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudia tapis.
3. Sediakan kuali leper non stick.
4. Panaskan kuali dan letak sdkt myk.
5. Tuang 1 senduk kecil dan msk crepe. X perlu di terbalikkan.
6. Buat sampai habis adunan.

Bahan2 filling:
Isi durian secukupnya
1 cawan non dairy whippg cream

Cara2:
1. Pukul whippg cream dlm mixer hingga kental.
2. Asingkan isi durian dgn biji. Lumatkan sidikit.

Cara2 bungkus crepe:
1. Bentangkan 1 keping crepe.
2. Letakkan whipping cream.
3. Letakkan isi durian.
4. Kemudian ttp semula dgn whipping cream.
5. Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.

Sunday, August 19, 2012

IKAN BAKAR

BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan cencaru
1/2 biji kelapa parut
5 tangkai cili merah
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup
1 sudu kecil jintan manis
1 helai daun kunyit
2 biji limau nipis (ambil ailr)
garam

CARA

- tumbuk kelapa parut, cili merah, bawang merah, bawang putih, kunyit hiup dan jintan manis
- ikan dibersihkan dan belah belakang
- gaul bahan tumbuk dengan garam dan air limau
- masukkana bahan ke dalam perut ikan bersama daun kunyit yang sudah dikoyak kecil.
- bakar hingga masak.

AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam (potong ikut suka)
3 sudu besar cili kering kisar
1 senduk tomato puri
1 senduk jus tomato
10 ulas bawang merah (kisar)
6 ulas bawang putih (kisar)
3 cm halia (kisar)
2 batang serai
2 biji bawang besar dipotong nipis
daun ketumbar, daun sup, daun saderi (kisar)
garam

CARA
- gaul garam dan kunyit, perap dan goreng
-tumiscili, bawang merah, bawang putih, halia, bawang besar, serai hingga naik wangi
- masukkan daun-daun yang dikisar
- masukkan ayam yang sudah digoreng.

DAGING MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN

1 kg daging
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
1 cawan kerisik
1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil serbuk lada hitam
6 tangkai daun kari
1/2 cawan minyak masak
1 cawan air asam jawa
2 ulas bawang besar (diiris bulat)
2 tangkai cili hidup
garam

CARA BUAT
- kisar cili kering, baang merah, bawang putih, halia dan kerisik
- campurkan lada hitam, jintan manis dan jintan putih
-daging dibasuh dan potong nipis
- panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing
- masukkan daging, garam, dan air asam jawa. Biarkan menggelegak hingga daging empuk
- masukkan bawang besar, dan cili potong hingga layu dann hidang.