Wednesday, November 8, 2017

JADILAH ORANG BAIK

Kata nenek di tiang inilah hamba sering tertidur menunggu nenek solat zohor. Setiap hari nenek mendokong hamba ke masjid sehingga tertidur di bahu nenek lalu direbahkan di sebelah tiang ini. Kata nenek dia mahu cucunya jadi orang baik yang mencintai masjid. Kata nenek orang baik tidak masuk neraka dan syurga menanti dia. Ajaran-ajaran nenek masih terngiang-ngiang di telinga yang banyak memandu perjalanan hidup hamba .... jadilah orang baik, jadilah orang baik, jadilah orang baik yang yang lembut bersopan santun yang disenangi makhluk bumi dan langit.
Laut dan waktu memisahkan kami bertahun-tahun .... namun pesan nenek tidak pernah hamba lupa ..... jadilah orang baik, jadilah orang baik.
Langkah demi langkah hamba menempuh alam dewasa melalui tarbiyyah bonda dan peringatan nenda untuk menjadi orang baik.
Hamba ditemukan dengan hadith tentang 4 golongan yang diharamkan dari api neraka:
ﻋَﻦِ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺴْﻌُﻮﺩٍ، ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ – ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ – ،ﻗَﺎﻝَ : ﺃَﻻَ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﻤَﻦْ ﺗُﺤَﺮَّﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭُ؟ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ : ﺑَﻠَﻰ ﻳَﺎ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠﻪِ، ﻗَﺎﻝَ : ﻋَﻠَﻰ ﻛُﻞِّ ﻫَﻴِّﻦٍ، ﻟَﻴِّﻦٍ، ﻗَﺮِﻳﺐٍ، ﺳَﻬْﻞٍ.
4 golongan itu adalah
1. Hayyin
Orang yang tenang, merendah diri, tidak menyakiti orang, tidak menghina, tidak melaknat atau memaki.
2. Layyin
Orang yang lembut dan santun dengan orang lain baik dalam bicara atau perbuatan, selalu menginginkan kebaikan untuk orang lain.
3. Qorib
Orang yang mudah akrab dengan orang lain, mudah senyum, mudah ramah dengan siapa saja.
4. Sahl
Orang yang suka membantu orang lain. Memudahkan tidak merumitkan. Menyenangkan tidak menyusahkan.
Kesemuanya adalah tentang hubungan sesama manusia yang membawa kepada redho Allah. Nenek memiliki semua sifat itu walau matanya cacat. Nenek yang menunggu azan setiap lima waktu di atas sejadahnya yang membuat hamba cemburu akan kehebatan pengabadian kepada Rabbnya.. Allah mengambil beliau ke pangkuanNya dalam usia 92 tahun. Semoga roh nenek tersenarai dalam golongan orang baik yang diharamkan dari api neraka.

Thursday, October 5, 2017

ROTI CANAI KUAH DAL

ROTI CANAI LEMBUT & KUAH DHAL
Ada yang suka? Share dulu nanti boleh buat
Ini Resepinya
Bahan-bahan (12-16 biji):
550gm tepung gandum
*250gm air
*Sebiji telur
*3 tsp susu pekat manis
*1 tsp garam
*1 tsp butter/marjerin
1-2 tsp tepung gandum untuk ditambah kalau terlembik masa menguli
Cara:
1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam bekas, kacau hingga sebati
2. Masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung
3. Uli hingga menjadi doh
4. Rehatkan doh selama 10 minit
5. Uli lagi selama 5 minit
** Ulang step No. 4 & 5 sebanyak 3 kali
6. Bentukkan bulat-bulat, sapu dengan marjerin sebelum disimpan.
# Kalau ikut resepi asal, simpan selama tiga jam atau lebih....tapi Mr. Hubby dan kawannya uli pada malamnya dan tebar keesokan pagi..Memang elok jer waktu tebar tak koyak..Roti pun lembut...
7. Masa nak tebar/kibar, penyekkan dulu sebesar tapak tangan, kemudian baru tebar...
Untuk menebar ni yang perlukan skill...kalau tak pandai boleh guna dulang besar yang diterbalikkan (teringat mak buat macam ni masa saya kecik-kecik dulu...)
KUAH DHAL.
Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cawan kacang dal
2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat)
2 biji kentang dibelah
sedikit serbuk kunyit
**1 inci halia diracik
**2 biji bawang putih diracik
**3-4 biji bawang kecil dimayang
**sedikit daun kari
**sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
**1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
minyak untuk menumis
garam & gula sesedap rasa
Cara-cara
Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing .
Kredit: Resepi Memikat Suami